Aku tengok lepas satu satu pemimpin India dalam parti komponan Barisan Nasional yang telah menyuarakan pandangan yang yang agak kritikal atau mengelar UMNO selepas perhimpunan haram Hindraf tempoh hari di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang.
Mula-mula Devasamy S Khrishnasamy wakil rakyat BN Cameron Highlands dari MIC telah secara terbuka menyokong pihak pembangkang di Dewan Rakyat.
Yang terbaru Naib Ketua Pemuda Gerakan S Paranjothy pula buat hal. Beliau secara jelas dalam kenyataan akhbarnya kepada sebuah website internet menyalahkan UMNO diatas kemunduran kaum India selepas 50 tahun merdeka.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishamuddin dengan cepat dan tegas telah meminta penjelasan dari Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Su Koon mengenai pendirian Gerakan diatas perkara tersebut. Dan perlunya tindakan disiplin yang tegas diambil keatas Paranjothy kerana kenyataannya yang melukakan hati orang Melayu dan ahli-ahli UMNO.
Fenomena mengeluarkan kenyataan menghentam UMNO parti tunggak Barisan Nasional seperti ini adalah tidak sihat. Kalau pemimpin UMNO tidak tegas dalam hal seperti ini, ia akan mempengaruhi kedudukannya di mata orang Melayu. Pengaruh UMNO akan terjejas.
Begitu juga UMNO akan mula dilihat sebagai lemah dan tidak tegas. Akibatnya adalah dikhuatiri parti komponan lain akan menimbul isu-isu lain kerana persepsi mereka nanti UMNO sudah jadi lemah dan boleh dikotak katik dan diambil kesempatan. Kemana akhirnya nanti? Adakah kita perlu 13 Mei setiap kali bila kita mahu mempertahankan hak dan kepentingan Melayu?
Kesimpulannya aku fikir adalah perlu jika kita semua orang Melayu peka akan perkara-perkara yang akan menguntungkan bangsa kita. Dan tidak melakukan apa-apa yang merugikan masyarakat dan bangsa kita sendiri.
Ini pendapat aku - ANAK KAMPUNG
Tuesday, 25 December 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
kita muhasabah diri siapakah kita melayu sajakah atau Islam yg utama. islam yg utama kita orang melayu, maka setelah 51 tahun betulkah islam ini menyusuri jalan sebenar terhadap semua rakyat semua kaum. keasyikan kepada melayu semata2 sungguh menyusahkan kita kemudian.
View Profile: Mukhtar™
Post a Comment