Wednesday, 26 December 2007

SUARA SEDERHANA - PAK LAH

Aku setuju bila Pak Lah kata suara sederhana dan sifat sederhana harus ke depan dalam kehidupan hidup kita sehari-hari di Malaysia.

Malaysia tiada tempat untuk sebarang ektrimisma samada berbentuk perkauman atau pun agama.

Ini mungkin kadang-kala dianggap sebagai idealisma saja kerana rata-rata sifat dan perangai ekstrimisma kaum dan agama ini adalah realiti keadaan dan terdapat di serata dunia pada hari ini.

Di negeri Gujerat, India, misalnya, Ketua Menterinya Shri Narendra Modi dari parti BJP yang baru-baru ini menang tipis mengekalkan jawatannya adalah terang-terangan seorang yang chauvinis dan ekstrimis agama Hindu. Kerajaan Gujarat dibawah pimpinannya memperlihatkan kebencian terhadap orang Islam. Malah ribuan orang Islam yang terbunuh dalam rusuhan kaum yang digalakkan oleh Modi. Mungkin inilah ethnic cleansing yang sebenarnya yang dinyatakan oleh Hindraf. Modi kemudiannya telah diharamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dari melawat negara tersebut. Visanya telah ditarik balik.

Di Australia penduduk Islam Australia di Sydney ingin membina sebuah Sekolah Agama Islam. Ini telah ditentang dengan hebatnya oleh kumpulan ekstrimis masyarakat kulit putih Christian di Sydney. Malah mengikut lapuran Reuters yang dipetik oleh New Straits Times dalam keluarannya pada Jumaat 21hb Disember 2007 pada muka surat 11 bertajuk "Hostile response to Islamic school plan" menyatakan bahawa kumpulan penentang sekolah agama Islam tersebut telah meletakkan dua kepala babi yang telah dicacakkan ke sebatang besi dan diletak di pintu masuk ke kawasan sekolah agama yang dicadangkan itu.

Di Gaza, nyawa orang Arab tidak bernilai langsung kepada tentera dan kerajaan Yahudi Israel. Hari-hari kita mendengar berita orang Arab Palestin yang dibunuh.

Di Malaysia ini orang Melayu sebagai gulungan majoriti tetap aman dan sabar walaupun ekonomi mereka tidaklah sekuat mana. Kalau orang Cina atau India di tempat orang Melayu tidak tahulah apa jadi pada negara ini.

Aku setuju dengan pandangan Pak Lah yang mahu kesederhanaan. Pak Lah memang terkenal sebagai seorang yang bersih, baik hati dan bersifat sederhana.

Namun Pak Lah kena ingat juga yang orang Melayu adalah memang terkenal sebagai satu Bangsa yang amat toleran dan tidak agresif. Kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan kemarahan kita kepada kaum lain.

Walaubagaimanapun terdapat juga satu konsep dalam sistem nilai orang Melayu yang unik iaitu konsep mengamuk. Bila seseorang Melayu itu tidak tahan dengan provokasi dan maki hamun orang lain yang tidak adil kepadanya, akhirnya memberi kesan kepada threshold kesabarannya. Lalu ia akan meletup dan mengamuk.

Itulah yang berlaku semasa British cuba membentuk Malayan Union pada tahun1946. Orang Melayu bertindak balas. Maka terbentuklah UMNO dan berakhirlah konsep Malayan Union yang amat dibenci olih orang Melayu.

Berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 adalah kerana provokasi penyokong DAP, Gerakan dan parti Sosialis yang keterlaluan memaki hamun dan menghina orang Melayu di Kuala Lumpur pada 12hb Mei 1969 apabila mereka menang sama banyak kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum pada 11hb Mei 1969.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEP) sebagai satu dasar untuk membantu orang Melayu secara lebih agresif lagi.

Kalau Pak Lah mahu kesederhanaan kembali ke negara ini, Pak Lah hendaklah memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setengah dari pemimpin kaum India dan Cina supaya jangan bermain api dengan menimbulkan isu-isu yang sensitif atau menggungkit perkara yang telah dipertujui pada tahun1957 dan 1970 .

Mereka ini mesti diingatkan supaya bersifat sebagai pemimpin sederhana seperti contoh yang ditunjukkan oleh Pak Lah sendiri, untuk negara ini kembali pulih menjadi aman.


Ini pandangan aku - ANAK ORANG KAMPUNG

1 comment:

Anonymous said...

Kita kena kaji "Mengapa isu-isu perkauman ini timbul kembali setelah satu 'social concord' dipersetujui oleh semua kaum dalam dasar ekonomi baru?"
Saya berpendapat isu-isu ethni-centric ini dibangkitkan oleh kerana kepimpinan yang lemah. Tengku lemah kerana bertolak ansur dan pemerintah sekarang kerana incompetency dalam hal-hal 'state-craft'. Pak Lah berselindung disebalik dasar moderation tetapi yang jelas ia seorang yang tidak tahu halatuju dalam perjalanan sistem kerajaan.Jalan yang senang ialah mengambil sikap 'inaction' dan 'status quo'.
Hari ini Malaysia tidak lagi dipandang sebagai satu negara yang dinamik lagi dan munkin merudung saperti negara Philipine...a basket case.