Wednesday 26 December 2007

SUARA SEDERHANA - PAK LAH

Aku setuju bila Pak Lah kata suara sederhana dan sifat sederhana harus ke depan dalam kehidupan hidup kita sehari-hari di Malaysia.

Malaysia tiada tempat untuk sebarang ektrimisma samada berbentuk perkauman atau pun agama.

Ini mungkin kadang-kala dianggap sebagai idealisma saja kerana rata-rata sifat dan perangai ekstrimisma kaum dan agama ini adalah realiti keadaan dan terdapat di serata dunia pada hari ini.

Di negeri Gujerat, India, misalnya, Ketua Menterinya Shri Narendra Modi dari parti BJP yang baru-baru ini menang tipis mengekalkan jawatannya adalah terang-terangan seorang yang chauvinis dan ekstrimis agama Hindu. Kerajaan Gujarat dibawah pimpinannya memperlihatkan kebencian terhadap orang Islam. Malah ribuan orang Islam yang terbunuh dalam rusuhan kaum yang digalakkan oleh Modi. Mungkin inilah ethnic cleansing yang sebenarnya yang dinyatakan oleh Hindraf. Modi kemudiannya telah diharamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat dari melawat negara tersebut. Visanya telah ditarik balik.

Di Australia penduduk Islam Australia di Sydney ingin membina sebuah Sekolah Agama Islam. Ini telah ditentang dengan hebatnya oleh kumpulan ekstrimis masyarakat kulit putih Christian di Sydney. Malah mengikut lapuran Reuters yang dipetik oleh New Straits Times dalam keluarannya pada Jumaat 21hb Disember 2007 pada muka surat 11 bertajuk "Hostile response to Islamic school plan" menyatakan bahawa kumpulan penentang sekolah agama Islam tersebut telah meletakkan dua kepala babi yang telah dicacakkan ke sebatang besi dan diletak di pintu masuk ke kawasan sekolah agama yang dicadangkan itu.

Di Gaza, nyawa orang Arab tidak bernilai langsung kepada tentera dan kerajaan Yahudi Israel. Hari-hari kita mendengar berita orang Arab Palestin yang dibunuh.

Di Malaysia ini orang Melayu sebagai gulungan majoriti tetap aman dan sabar walaupun ekonomi mereka tidaklah sekuat mana. Kalau orang Cina atau India di tempat orang Melayu tidak tahulah apa jadi pada negara ini.

Aku setuju dengan pandangan Pak Lah yang mahu kesederhanaan. Pak Lah memang terkenal sebagai seorang yang bersih, baik hati dan bersifat sederhana.

Namun Pak Lah kena ingat juga yang orang Melayu adalah memang terkenal sebagai satu Bangsa yang amat toleran dan tidak agresif. Kita tidak sampai hati untuk mengeluarkan kemarahan kita kepada kaum lain.

Walaubagaimanapun terdapat juga satu konsep dalam sistem nilai orang Melayu yang unik iaitu konsep mengamuk. Bila seseorang Melayu itu tidak tahan dengan provokasi dan maki hamun orang lain yang tidak adil kepadanya, akhirnya memberi kesan kepada threshold kesabarannya. Lalu ia akan meletup dan mengamuk.

Itulah yang berlaku semasa British cuba membentuk Malayan Union pada tahun1946. Orang Melayu bertindak balas. Maka terbentuklah UMNO dan berakhirlah konsep Malayan Union yang amat dibenci olih orang Melayu.

Berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 adalah kerana provokasi penyokong DAP, Gerakan dan parti Sosialis yang keterlaluan memaki hamun dan menghina orang Melayu di Kuala Lumpur pada 12hb Mei 1969 apabila mereka menang sama banyak kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum pada 11hb Mei 1969.

Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEP) sebagai satu dasar untuk membantu orang Melayu secara lebih agresif lagi.

Kalau Pak Lah mahu kesederhanaan kembali ke negara ini, Pak Lah hendaklah memberi amaran sekeras-kerasnya kepada setengah dari pemimpin kaum India dan Cina supaya jangan bermain api dengan menimbulkan isu-isu yang sensitif atau menggungkit perkara yang telah dipertujui pada tahun1957 dan 1970 .

Mereka ini mesti diingatkan supaya bersifat sebagai pemimpin sederhana seperti contoh yang ditunjukkan oleh Pak Lah sendiri, untuk negara ini kembali pulih menjadi aman.


Ini pandangan aku - ANAK ORANG KAMPUNG

Tuesday 25 December 2007

SIAPA DIBELAKANG HINDRAF?

Aku tengok lepas satu satu pemimpin India dalam parti komponan Barisan Nasional yang telah menyuarakan pandangan yang yang agak kritikal atau mengelar UMNO selepas perhimpunan haram Hindraf tempoh hari di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang.

Mula-mula Devasamy S Khrishnasamy wakil rakyat BN Cameron Highlands dari MIC telah secara terbuka menyokong pihak pembangkang di Dewan Rakyat.

Yang terbaru Naib Ketua Pemuda Gerakan S Paranjothy pula buat hal. Beliau secara jelas dalam kenyataan akhbarnya kepada sebuah website internet menyalahkan UMNO diatas kemunduran kaum India selepas 50 tahun merdeka.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishamuddin dengan cepat dan tegas telah meminta penjelasan dari Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Su Koon mengenai pendirian Gerakan diatas perkara tersebut. Dan perlunya tindakan disiplin yang tegas diambil keatas Paranjothy kerana kenyataannya yang melukakan hati orang Melayu dan ahli-ahli UMNO.

Fenomena mengeluarkan kenyataan menghentam UMNO parti tunggak Barisan Nasional seperti ini adalah tidak sihat. Kalau pemimpin UMNO tidak tegas dalam hal seperti ini, ia akan mempengaruhi kedudukannya di mata orang Melayu. Pengaruh UMNO akan terjejas.

Begitu juga UMNO akan mula dilihat sebagai lemah dan tidak tegas. Akibatnya adalah dikhuatiri parti komponan lain akan menimbul isu-isu lain kerana persepsi mereka nanti UMNO sudah jadi lemah dan boleh dikotak katik dan diambil kesempatan. Kemana akhirnya nanti? Adakah kita perlu 13 Mei setiap kali bila kita mahu mempertahankan hak dan kepentingan Melayu?

Kesimpulannya aku fikir adalah perlu jika kita semua orang Melayu peka akan perkara-perkara yang akan menguntungkan bangsa kita. Dan tidak melakukan apa-apa yang merugikan masyarakat dan bangsa kita sendiri.


Ini pendapat aku - ANAK KAMPUNG